Tips Penjagaan Batik Sutera

Tips basuhan batik sutera:

1. Jangan sesekali membasuh Batik Sutera dengan mesin basuh (terutama kain Jacquard) dan sabun basuh. Memadai dengan basuhan lembut dengan tangan dan menggunakan sabun mandi. Tidak perlu membazir dengan hantar ke dry cleaning.
  
2. Cadangan cara basuhan: 
  • Campurkan dengan sedikit krim mandian/shower gel/shampoo lembut. Boleh juga guna pencuci batik sutera khusus yang terdapat dalam pasaran.
  • Bilas dengan air bersih, elakkan memerah.
  • Terus gantung pada penyangkut baju secara terbalik,dan biarkan kering sendiri.

3. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari terik kerana warna & teksturnya warnanya akan terjejas.

Tips menggosok batik sutera:

1. Elakkan menggosok batik sutera pada suhu yang tinggi.

2. Gosok Batik Sutera dengan suhu sederhana @ pilih 'silk' pada iron anda. Semburkan dgn air  untuk memudahkan lagi menggosok Batik Sutera.
 
Tips penyimpanan batik sutera:

1. Simpan dalam lipatan terbalik supaya fabriknya terjaga 

2. Elakkan daripada melipat, ini bagi mengelakkan kesan lipatan jika terlalu lama disimpan.Gunakan penyangkut baju bagi mengurangkan terjadinya kedutan.